Cara Penyediaan Rumpai Laut @ Pure Marine Callogen

Sebenarnya saya nak kongsi cara penyediaan rumpai laut ni...Saya ikut betul2 seperti cara yang diberikan. 

Kebetulan saya proses rumpai ni waktu malam...
Mula2 saya basuh rumpai ni sebanyak 6 kali tau.
Air  basuhannya jangan di buang sebaliknya simpan ...Semasa membasuh kita akan tercium sedikit bau macam air ikan yang kita bela dalam akuarium...tapi tak kuat manalah...senang kata hanyir la...
Dah siap basuh 6 kali..kita rendam pulak selama semalaman...

Pagi esokannya basuh semula rumpai tadi sebanyak 6 kali juga..seperti mula2 , airnya jangan di buang ye kumpul dan simpan dalam satu bekas... Dah siap basuh, toskan seketika seperti dalam gambar..Kemudian masukkan dalam periuk dengan 2.5 liter air.Rebus sehingga mendidih... kacau sekali sekala..Padamkan api dapur kemudian biarkan rumpai tadi sejuk..
Masukkan rumpai laut ke dalam tupperware...dan simpan dalam peti..Rumpai tadi akan membeku seperti jeli atau agar2.
Boleh dimakan selepas solat subuh waktu perut kosong..Cedok lebih kurang 3 sudu.. Selawat dahulu dan Boleh dimakan terus begitub sahaja..atau....
Boleh juga dibancuh bersama sunquick..Racik2kan dahulu jelly rumpai dengan sudu supaya ia pecah menjadi ketulan2 kecil...

Isi air dan kacau... tanpa gula ye..Ini cara saya minum...takde bau hanyir pun...sedap..macam minum air cincau..
 
KembaraHati :
Air rendaman rumpai laut ni jangan dibuang kerana ia boleh:~
Menghilangkan rekahan di TUMIT..

1) Ambil air rumpai atau Pure Marine Callogen(PMC) yang di toskan letak di dalam besen atau baldi
2) Rendam kan kaki anda sambil santai
3) Rendam selama lebih kurang 5 minit atau lebih  pun lagi elok..

KESANNYA PENGUNAANYA : -

✿ Kesan kali pertama
- kulit tumit halus je rasa...
✿ Kesan 2 kali cuba 
- kulit tumit yang merekah berkurangan
✿ 3 kali guna - rekahan berkurangan
✿ 7 hari guna 
- rekahan hilang serta kulit kaki lembut
✿ Akhirnya Kuku kaki bersih dan cantik 

sumber asal : http://ummuainries.blogspot.com/2012/11/cara-penyediaan-rumpai-laut-pure-marine.html

Older Posts